Monday, 16 June 2014

Pengalaman Berasaskan Sekolah 2 di SK Seri Maimon

Pengalaman Berasaskan Sekolah(PBS) yang kedua, melon pilih untuk berPBS berjemaah, dah taknak PBS sorang-sorang. lonely katanya.. haha. kali ni melon travel pergi ke negeri seberang iaitu batu pahat, Johor. alhamdulillah classmate melon, syazwi sudi berPBS dengan melon kali ni. sekolah yang kami pilih adalah SK Seri Maimon. pengalaman PBS di sekolah ini amat best. guru-gurunya memang peramah dan sporting. kebetulan masa kami PBS 2 ni, baru seminggu lepas raya jadi sekolah menganjurkan program marhaban dan sambutan hari raya di sekolah. melon adalah orang melaka dan ini merupakan first time melon mengikuti program marhaban yang selalunya dianjurkan di negeri johor. apa yang melon boleh katakan, program seperti ini amat bagus bagi menjalinkan silaturrahim kakitangan sekolah dan para pelajar. seriously, melon memang suka dengan program ni. lepas waktu sekolah, guru-guru pergi rewang kat sekolah untuk program ni.

guru besar siap sponser 5ekor arnab untuk disembelih dibuat lauk tapi melon tak makan pun lauk daging arnab tu sebab melon tak sampai hati bila tengok cik arnab disembelih. sobsob


masa hari first, kitaorang taktau nak lepak mana.. memang takda arah tujuan. macam pelarian dah. last-last melon dengan syazwi duk surau sekolah je. kami tolong kemas surau. tolong lipat telekung dengan sejadah. haha


masa kemas-kemas surau tu, melon ternampak guru-guru praktikum tengah mengajar murid pj di padang jadi melon pun tangkap la gmbar untuk buat laporan bila balik maktab nanti. nampak tak cikgu yang pakai baju warna merah, seluar kelabu kat tengah-tengah bulatan tu? sekarang ni dia la buah hati pengarang jantung melon. tak sangka masa singkat berPBS kat sekolah ni, melon terjumpa cinta hati.. dari berlainan ipg pula tu.. hehe jodoh itu memang tak disangka-sangka.


masuk kelas darjah satu. melopong je diaorang tengok cikgu baru tiba-tiba masuk kelas. haha


ni masuk kelas darjah 3. kelas ni memang aktif. ada saja idea yang dilontarkan. bila tengok kami cikgu baru, terus tanya dah kawin ke belum.. tanya dah ada pakwe ke belum. tergagap-gagap melon nak jawab.. haha pandai budak-budak ni bagi soalan cepumas.


mula-mula segan je diaorang nak bergambar tapi lepas tu punyalah suka. hehe


murid lelaki pun nak bergambar jugak. katanya, "cikgu, jom tangkap gambar dengan kami". melon layan je la permintaan diaorang.


last-last suma serbu. hehe comel-comel je diaorang ni.

apapun, pengalaman PBS 2 di SK Seri Maimon sangat best. rasa macam family je. suma kakitangan sangat peramah dan sporting. hehe rasa berterima kasih sebab sudi terima kehadiran kami walaupun hanya seminggu. SWEET MEMORIES.



Sunday, 1 June 2014

Pengalaman Berasaskan Sekolah 1 di SK Air Baruk

 untuk pengetahuan enkorang, melon ni sebenarnya bakal guru. sekarang masih menuntut di IPG. bagi penuntut IPG, memang dah paham dah term PBS yang melon cuba nak cakap ni. bagi yang bukan penuntut IPG, meh melon terangkan. Pengalaman Berasaskan Sekolah(PBS) yang melon nak habaq ni tak sama dengan Pentaksiran Berasaskan Sekolah(PBS). Pengalaman Berasaskan Sekolah(PBS) adalah program yang dilaksanakan oleh pelajar ijazah di IPG. Manakala, Pentaksiran Berasaskan Sekolah(PBS) pula adalah penilaian yang dijalankan oleh guru-guru di sekolah bagi menilai prestasi pelajar. jauh bezanya tau kawan2.

Dalam silibus pembelajaran pelajar ijazah di IPG, kami dikehendaki untuk melaksanakan Pengalaman Berasaskan Sekolah(PBS) atau dalam bahasa omputehnya, School Based Experience(SBE). aduhh.. term lain pulak kan? hehe.. kat sekolah, cikgu-cikgu panggil program ni sebagai ROS je. melon tak tau apa nama panjang bagi singkatan ROS ni. so di pendekkan bebelan, melon dikehendaki melaksanakan PBS ni selama seminggu setiap sem dan program ni dijalankan selama 4 sem. kiranya 4 kali la kene gi sekolah untuk berPBS.

Bagi Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) yang pertama, melon pilih untuk pergi ke sekolah melon masa time kecik-kecik dulu iaitu SK Air Baruk di kampung halaman melon, Jasin, Melaka. PBS kali ini melon pergi sorang-sorang je. bayangkanlah, dah la first time berPBS pastu wat sorang-sorang. seriau tau.. berdebar tahap apa.. lepas melaporkan diri dengan guru besar, melon dipelawa oleh GPK 1 untuk turut serta masa perhimpunan. melon terlupa pula nama puan GPK1 tersebut. huhu teruk kan perangai? adeh..ye la dh setahun berlalu.

nak dijadikan cerita, berlaku satu insiden yang melon rasa macam nak sorok je muka ni. Melon teringat lagi pada hari tersebut, melon pertama kali pakai court shoes yang ada heels. masa turun tangga dengan guru GPK 1, entah macamana, tiba-tiba melon terpelecok dan terjatuh melanggar puan GPK 1 yang menuruni tangga di hadapan melon. Ya Allah. nasib baik beliau sempat berpaut pada tiang di tangga. kalau tak, bukan melon je yang tergolek jatuh tangga, dengan puan GPK 1 tu pun jatuh tangga disebabkan kecuaian melon. huhu.. masa itu menyesal juga melon pakai kasut ada heels. semasa perhimpunan, guru besar memperkenalkan melon pada warga sekolah. melon rasa macam nervous sangat sebab ni kan sekolah lama melon dan cikgu-cikgu yang mengajar melon time kecik dulu pun masih setia berkhidmat untuk sekolah.

 apa yang melon rasa kelakar, selama seminggu melon PBS kat situ, melon langsung tak jejakkan kaki kat kantin sekolah.. eh bukan melon lupa daratan.. kan dulu time kecik2, melon makan kt meja biasa, tapi sekarang ni berbeza sebab melon ni bakal guru.. klau pergi kantin, mesti kene makan semeja dengan cikgu-cikgu yang dah pernah mengajar melon time kecik2 dulu.. melon segan.. haha teruk btl tahap penyegan melon ni.. 

sepanjang seminggu melon kat sekolah ni, alhamdulillah, macam-macam pengalaman melon dapat terutamanya dari bekas guru-guru melon. melon pun dapat pengalaman masuk kelas. tapi melon akui lah yang masa ni langsung tak pandai nak control class. patutnya melon jaga kelas tapi last-last melon siap main 'sep sep tom tom' dengan bebudak.. alahai.. camne nak jadi cikgu ni. sobsob. anyway, berPBS di SK Air Baruk ni memang best. hehe

 bermain 'ABC' dengan budak-budak yang comel ni. hehe


bergambar bersama pada last day PBS


Friday, 30 May 2014

Entri Pertama: Pengalaman Seram di hotel bajet Pulau Langkawi

Pertama kalinya melon post kat blog ini setelah lama duk pikir apa yang nak dibuat masa cuti sem.. jadi melon fikir dari duk melopong je kat rumah sebab takda sesiapa nak teman berborak, baik melon buat blog. sekurang-kurangnya tak la kebosanan.

 cerita yang melon nak share untuk post entri yang first ini adalah tentang pengalaman seram melon yang pertama.. haha poyo betul.. melon ada banyak jugak pengalaman seram tapi kalau cerita terus suma sekali, nanti habislah modal nak bercerita dengan enkorang.. heheh, so melon ceritakan satu-satu dulu. so sape-sape yang suka baca cite seram tu, boleh la baca pengalaman seram melon ni (walaupun takde la seram bebenau.. kehkehkeh)..



ok.. kisah ni berlaku masa first time melon pergi ke Langkawi iaitu kalau tak silap melon pada tahun 2005. masa tu melon baru darjah 6, budak-budak lagi.. pergi langkawi pun bukan sebab melancong ke tapi melon temankan ibu melon pergi meniaga di kompleks kraf langkawi selama beberapa hari. nak dijadikan cerita, kami menginap di satu hotel bajet ni.. melon lupa di mana lokasinya.. almaklumlah, melon masih kecik masa tu.. apa yang melon boleh gambarkan, kawasan hotel tu gelap je. walaupun di lobi hotel ada pekerja jaga kaunter tapi hanya lampu di bahagian kaunter yang terang. lampu koridor pula hanya malap sahaja. memang seram rupa hotel ni. menurut ibu melon, pemilik hotel ini telah bankrap jadi hotel ini telah ditutup selama beberapa tahun dan kemudian diambil alih oleh orang lain dan dijadikan hotel bajet. 

hari pertama melon dan ibu menginap di hotel tersebut, alhamdulillah semuanya baik-baik saja tetapi masuk hari kedua, kami mula mendapat gangguan. pada ketika itu, melon dan ibu balik selepas berniaga dan makan malam. kami naik lif. bilik kami di tingkat 5. hanya kami berdua saja pada masa itu. sedang lif naik ke tingkat 5, apabila sampai ke tingkat tiga, tiba-tiba pintu lif terbuka namun tiada orang dihadapan lif. ibu melon menjenguk di luar lif, tengok ada org ke tapi memang tak ada orang di kawasan koridor tersebut. ibu melon masuk kembali ke dalam lif dan berkata pada melon, "ala, ada orang main tekan-tekan butang lif la tu," kemudiannya menekan butang menutup pintu lif. tapi bila lif tiba di tingkat 4, pintu lif sekali lagi terbuka dan ibu melon menjenguk di luar pintu lif tetapi tiada sesiapa. dia menekan butang menutup pintu lif dan berkata pada melon yang lif ni mungkin 'biol' agaknya. melon terketawa mendengar kata-kata ibu. sampai di tingkat 5, ibu dan melon keluar dari lif. melon jalan dibelakang ibu tapi kemudiannya melon terdengar suara sayup seperti memanggil-manggil nama melon di belakang melon padahal hanya kami berdua dikoridor tersebut. tapi entah kenapa, melon rasa macam nak tengok sape yang panggil nama melon. melon toleh ke belakang.. tapi tak ada sesiapa hanya koridor yang diterangi lampu malap. ape lagi, melon terus berdesup jalan depan ibu melon. melon tak berani nak cakap apa-apa kat ibu dan cuba tenangkan diri sendiri. bagi melon, mungkin tu perasaan melon sendiri sebab melon ni penakut jugak orangnya. kehkehkeh.

hari ketiga pula, kami pulang hotel lewat. melon dan ibu pergi ke rumah rakan ibu, makcik ila. makcik ila ajak makan malam. alang-alang kawan dah lama tak jumpa, ibu berborak la dengan makcik ila sampai ke malam. pukul 11 lebih baru kami bertolak balik hotel. sampai bilik, melon dah kepenatan. dah tak pikir nak mandi dah, duk terjah katil dulu(selekeh gila). wakakaka. ibu melon pula pergi mandi dulu sementara melon baring-baring rehatkan badan. sedang melon baring sorang-sorang tu, tiba-tiba melon dengar bunyi dari aircond. melon pandang la kat aircond yang terletak di dinding bertentangan dengan katil melon. melon tengok aircond tu on dan off dengan sendiri. melon ingat melon ni mamai ke, melon tenung aircond tu  dan perkara yang sama jadi. melon terus menggelabah, mata melilau cari remote aircond dan ternampak remote aircond elok je terletak kat sebelah katil ibu melon.. huhu.. masa itu melon tak tau nak buat apa. nak amik remote aircond tu ke nak buat taktau je. melon tak berani nak bangun amik remote aircond jadi melon berbungkus dalam selimut dan cuba set minda yang kononnya aircond tu rosak sebab tu aircond tu kejap on dan off. melon doa je dalam hati supaya ibu melon cepat habis mandi sebab melon dah seram bebenau dah. melon berbungkus selimut sampai la melon dengar ibu melon suruh melon pergi mandi dulu sebelum tidur. melon terus bangun, amik tuala dan pergi mandi tapi yang peliknya masa melon jalan nak masuk bilik air tu, melon tengok aircond tu on je, elok je. bila melon keluar bilik air pun, aircond tu elok je. melon cakap berbisik kat ibu melon, "ibu, tadi masa kita baring sorang-sorang kan, aircond tu kejap bukak, kejap tutup.. kita tengok remote elok je kat dinding.. agaknya aircond ni rosak kot tapi sekarang ok pulak dia. pelik betul."  ibu melon jawab cenggini je, "agaknya kot? dah la gi tido sana. esok nak bangun awal. nanti lambat bangun pulak." melon terus baring dan tido berselubung sebab kalau tak berselubung, melon boleh nampak aircond tu. nanti melon tak boleh tidur pulak sebab duk pikir benda bukan-bukan.

esoknya, melon dan ibu balik hotel masa maghrib. masa di lobi hotel, tiba-tiba ibu suruh melon tunggu kejap kat depan lobi. ibu tertinggal barang dalam kereta, jadi dia keluar untuk ambil barangnya. sebelah lobi terdapat satu pintu belakang untuk keluar pergi ke kolam renang. kolam renang itu sudah lama terbiar dan dipenuhi lumut dan pintu menuju kolam renang itu dibuka untuk memberi udara masuk kerana aircond di bahagian lobi ditutup. mungkin kerana rosak, mungkin juga kerana ingin menjimatkan elektrik.  masa melon menunggu ibu, tiba-tiba melon terdengar suara sayup-sayup panggil nama melon. suara itu datang dari arah kolam renang yang terletak luar lobi. suara itu sama seperti suara ibu melon. melon menjadi pelik, "kenapa ibu lalu pintu belakang?". melon berjalan mendekati pintu tersebut dan menjenguk ke kawasan kolam renang, namun kelibat ibu tiada. entah kenapa, perasaan melon seakan ingin tahu dan ingin melangkah ke kawasan kolam renang. baru saja ingin melangkah, tiba-tiba nama melon dipanggil lantang menyebabkan melon terkejut. ibu berdiri bercekak pinggang di lobi. "nak buat apa gi sana, kan ibu suruh tunggu kat lobi?!,"ibu memarahi melon dan menarik melon masuk ke dalam lif. melon hanya tersengih dimarahi ibu. tapi ada gangguan lain yang ibu dan melon alami juga masa menginap di situ. percaya atau tidak, kejadian lif terhenti dan terbuka ketika di tingkat 3 beberapa kali terjadi dan apabila setiap kali berada dalam bilik air, kita akan dengar orang tingkat atas jatuhkan barang(bunyi seperti gayong terjatuh dan sebagainya). memang tak masuk akal boleh dengar barang jatuh kat tingkat atas. tapi kami buat 'derk' je.

sebenarnya banyak gangguan yang melon dan ibu alami ketika menginap di hotel bajet itu. bila dah balik melaka, baru melon dapat tahu cerita yang lebih detail dari ibu melon. melon kene gangguan yang biasa-biasa je. ibu melon kene lagi teruk. malam-malam, ibu melon dengar orang seret kaki dan orang pulas tombol pintu bilik. apapun, ini merupakan satu pengalaman bagi melon.. hehe..