Friday, 30 May 2014

Entri Pertama: Pengalaman Seram di hotel bajet Pulau Langkawi

Pertama kalinya melon post kat blog ini setelah lama duk pikir apa yang nak dibuat masa cuti sem.. jadi melon fikir dari duk melopong je kat rumah sebab takda sesiapa nak teman berborak, baik melon buat blog. sekurang-kurangnya tak la kebosanan.

 cerita yang melon nak share untuk post entri yang first ini adalah tentang pengalaman seram melon yang pertama.. haha poyo betul.. melon ada banyak jugak pengalaman seram tapi kalau cerita terus suma sekali, nanti habislah modal nak bercerita dengan enkorang.. heheh, so melon ceritakan satu-satu dulu. so sape-sape yang suka baca cite seram tu, boleh la baca pengalaman seram melon ni (walaupun takde la seram bebenau.. kehkehkeh)..



ok.. kisah ni berlaku masa first time melon pergi ke Langkawi iaitu kalau tak silap melon pada tahun 2005. masa tu melon baru darjah 6, budak-budak lagi.. pergi langkawi pun bukan sebab melancong ke tapi melon temankan ibu melon pergi meniaga di kompleks kraf langkawi selama beberapa hari. nak dijadikan cerita, kami menginap di satu hotel bajet ni.. melon lupa di mana lokasinya.. almaklumlah, melon masih kecik masa tu.. apa yang melon boleh gambarkan, kawasan hotel tu gelap je. walaupun di lobi hotel ada pekerja jaga kaunter tapi hanya lampu di bahagian kaunter yang terang. lampu koridor pula hanya malap sahaja. memang seram rupa hotel ni. menurut ibu melon, pemilik hotel ini telah bankrap jadi hotel ini telah ditutup selama beberapa tahun dan kemudian diambil alih oleh orang lain dan dijadikan hotel bajet. 

hari pertama melon dan ibu menginap di hotel tersebut, alhamdulillah semuanya baik-baik saja tetapi masuk hari kedua, kami mula mendapat gangguan. pada ketika itu, melon dan ibu balik selepas berniaga dan makan malam. kami naik lif. bilik kami di tingkat 5. hanya kami berdua saja pada masa itu. sedang lif naik ke tingkat 5, apabila sampai ke tingkat tiga, tiba-tiba pintu lif terbuka namun tiada orang dihadapan lif. ibu melon menjenguk di luar lif, tengok ada org ke tapi memang tak ada orang di kawasan koridor tersebut. ibu melon masuk kembali ke dalam lif dan berkata pada melon, "ala, ada orang main tekan-tekan butang lif la tu," kemudiannya menekan butang menutup pintu lif. tapi bila lif tiba di tingkat 4, pintu lif sekali lagi terbuka dan ibu melon menjenguk di luar pintu lif tetapi tiada sesiapa. dia menekan butang menutup pintu lif dan berkata pada melon yang lif ni mungkin 'biol' agaknya. melon terketawa mendengar kata-kata ibu. sampai di tingkat 5, ibu dan melon keluar dari lif. melon jalan dibelakang ibu tapi kemudiannya melon terdengar suara sayup seperti memanggil-manggil nama melon di belakang melon padahal hanya kami berdua dikoridor tersebut. tapi entah kenapa, melon rasa macam nak tengok sape yang panggil nama melon. melon toleh ke belakang.. tapi tak ada sesiapa hanya koridor yang diterangi lampu malap. ape lagi, melon terus berdesup jalan depan ibu melon. melon tak berani nak cakap apa-apa kat ibu dan cuba tenangkan diri sendiri. bagi melon, mungkin tu perasaan melon sendiri sebab melon ni penakut jugak orangnya. kehkehkeh.

hari ketiga pula, kami pulang hotel lewat. melon dan ibu pergi ke rumah rakan ibu, makcik ila. makcik ila ajak makan malam. alang-alang kawan dah lama tak jumpa, ibu berborak la dengan makcik ila sampai ke malam. pukul 11 lebih baru kami bertolak balik hotel. sampai bilik, melon dah kepenatan. dah tak pikir nak mandi dah, duk terjah katil dulu(selekeh gila). wakakaka. ibu melon pula pergi mandi dulu sementara melon baring-baring rehatkan badan. sedang melon baring sorang-sorang tu, tiba-tiba melon dengar bunyi dari aircond. melon pandang la kat aircond yang terletak di dinding bertentangan dengan katil melon. melon tengok aircond tu on dan off dengan sendiri. melon ingat melon ni mamai ke, melon tenung aircond tu  dan perkara yang sama jadi. melon terus menggelabah, mata melilau cari remote aircond dan ternampak remote aircond elok je terletak kat sebelah katil ibu melon.. huhu.. masa itu melon tak tau nak buat apa. nak amik remote aircond tu ke nak buat taktau je. melon tak berani nak bangun amik remote aircond jadi melon berbungkus dalam selimut dan cuba set minda yang kononnya aircond tu rosak sebab tu aircond tu kejap on dan off. melon doa je dalam hati supaya ibu melon cepat habis mandi sebab melon dah seram bebenau dah. melon berbungkus selimut sampai la melon dengar ibu melon suruh melon pergi mandi dulu sebelum tidur. melon terus bangun, amik tuala dan pergi mandi tapi yang peliknya masa melon jalan nak masuk bilik air tu, melon tengok aircond tu on je, elok je. bila melon keluar bilik air pun, aircond tu elok je. melon cakap berbisik kat ibu melon, "ibu, tadi masa kita baring sorang-sorang kan, aircond tu kejap bukak, kejap tutup.. kita tengok remote elok je kat dinding.. agaknya aircond ni rosak kot tapi sekarang ok pulak dia. pelik betul."  ibu melon jawab cenggini je, "agaknya kot? dah la gi tido sana. esok nak bangun awal. nanti lambat bangun pulak." melon terus baring dan tido berselubung sebab kalau tak berselubung, melon boleh nampak aircond tu. nanti melon tak boleh tidur pulak sebab duk pikir benda bukan-bukan.

esoknya, melon dan ibu balik hotel masa maghrib. masa di lobi hotel, tiba-tiba ibu suruh melon tunggu kejap kat depan lobi. ibu tertinggal barang dalam kereta, jadi dia keluar untuk ambil barangnya. sebelah lobi terdapat satu pintu belakang untuk keluar pergi ke kolam renang. kolam renang itu sudah lama terbiar dan dipenuhi lumut dan pintu menuju kolam renang itu dibuka untuk memberi udara masuk kerana aircond di bahagian lobi ditutup. mungkin kerana rosak, mungkin juga kerana ingin menjimatkan elektrik.  masa melon menunggu ibu, tiba-tiba melon terdengar suara sayup-sayup panggil nama melon. suara itu datang dari arah kolam renang yang terletak luar lobi. suara itu sama seperti suara ibu melon. melon menjadi pelik, "kenapa ibu lalu pintu belakang?". melon berjalan mendekati pintu tersebut dan menjenguk ke kawasan kolam renang, namun kelibat ibu tiada. entah kenapa, perasaan melon seakan ingin tahu dan ingin melangkah ke kawasan kolam renang. baru saja ingin melangkah, tiba-tiba nama melon dipanggil lantang menyebabkan melon terkejut. ibu berdiri bercekak pinggang di lobi. "nak buat apa gi sana, kan ibu suruh tunggu kat lobi?!,"ibu memarahi melon dan menarik melon masuk ke dalam lif. melon hanya tersengih dimarahi ibu. tapi ada gangguan lain yang ibu dan melon alami juga masa menginap di situ. percaya atau tidak, kejadian lif terhenti dan terbuka ketika di tingkat 3 beberapa kali terjadi dan apabila setiap kali berada dalam bilik air, kita akan dengar orang tingkat atas jatuhkan barang(bunyi seperti gayong terjatuh dan sebagainya). memang tak masuk akal boleh dengar barang jatuh kat tingkat atas. tapi kami buat 'derk' je.

sebenarnya banyak gangguan yang melon dan ibu alami ketika menginap di hotel bajet itu. bila dah balik melaka, baru melon dapat tahu cerita yang lebih detail dari ibu melon. melon kene gangguan yang biasa-biasa je. ibu melon kene lagi teruk. malam-malam, ibu melon dengar orang seret kaki dan orang pulas tombol pintu bilik. apapun, ini merupakan satu pengalaman bagi melon.. hehe..